fbpx
VLAHOVIC (kiri) menimbulkan kemarahan para penyokong Fiorentina selepas dia berhijrah menyertai Juventus baru-baru ini. – TWITTER JUVENTUS

Vlahovic terima ancaman bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORENCE – Ultras Fiorentina melabel Dusan Vlahovic sebagai ‘pengecut’ selepas dia memilih untuk menyertai Juventus yang sentiasa menjadi musuh ketat bagi kelab berkenaan.

Vlahovic, 22, menolak untuk menandatangani kontrak lanjutan di Fiorentina kerana bintang Serbia itu mahu melengkapkan perpindahan sensasi ke Turin dengan yuran bernilai €70 juta (RM326.88 juta).

Situasi itu sememangnya menimbulkan kemarahan para penyokong tegar Fiorentina apabila terpaksa menyaksikan satu lagi bintang mereka berhijrah ke Juventus selepas Federico Bernardeschi pada 2017 dan Federico Chiesa dua musim lalu.

Ultras Fiorentina yang mewakili kumpulan Curva Fiesole menulis surat terbuka ditujukan kepada Vlahovic, Presiden Fiorentina, Rocco Commisso dan Pengarah Fiorentina, Joe Barone.

“Seorang lagi pemain ‘kecil’ yang tiada rasa hormat dalam diri memilih untuk menyertai sebuah kelab yang tanpa identiti sebenar dan kesetiaan.

“Kami tidak lagi terkejut de­ngan keputusan sebegini. Kami sama sekali tidak akan meratapi pemergian seorang pengecut (Vlahovic),” menurut kenyataan dalam surat itu.

Kemarahan Ultras Fiorentina tidak terhenti di situ apabila pihak berkuasa terpaksa campur tangan selepas Vlahovic didakwa menerima pelbagai ugutan termasuk ancaman bunuh.

Pihak polis juga dilaporkan terpaksa melakukan rondaan mengawal rumah Vlahovic yang turut menjadi sasaran penyokong tegar kelab berkenaan gara-gara keputusannya berhijrah menyertai Juventus. – AGENSI

POPULAR