fbpx

Kapal asing ditahan bersauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo yang berdaftar dari Indonesia berjaya diberkas selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Sedili Kechil, Kota Tinggi, petang semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal kargo berdaftar di Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) petang semalam kerana disyaki bersauh di perairan negara ini tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal kargo tersebut ditahan semasa rondaan penguatkuasaan sekitar perairan Johor Timur pada pukul 1.33 petang di kedudukan 30.7 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu tidak memiliki sebarang kebenaran bersauh, namun kesemua 20 kru warga Indonesia berumur di antara 21 tahun hingga 47 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Susulan itu kesemua kru berserta kapal kargo sepanjang 120 meter itu telah ditahan dan akan disiasat dibawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tegasnya, Maritim Malaysia akan terus melaksanakan rondaan penguatkuasaan bagi memastikan perairan Johor terpelihara.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI