fbpx

Tiga juta keluarga B40 terima penghantaran kit kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakej PPC telah berjaya dihantar Pos Malaysia kepada lebih 3 juta keluarga B40 di seluruh negara.

PETALING JAYA- Pos Malaysia melaksanakan proses penghantaran Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) bagi melindungi kesihatan rakyat negara ini kepada lebih tiga juta keluarga B40 di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, proses penghantaran kit kesihatan tersebut melibatkan kerjasama lebih 15,000 kakitangan Pos Malaysia.

“Kami amat berbangga menjadi penyedia penghantaran pilihan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan akan memastikan semua PPC dihantar tepat pada masanya kepada mereka yang layak.

“Membina kepercayaan adalah penting bagi kami untuk terus menghubungkan kehidupan dan perniagaan bagi memastikan masa depan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Inisiatif PPC itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 September 2021 yang mana setiap keluarga disediakan Pakej Penjagaan.

Pakej itu terdiri daripada pelitup muka guna semula, kit ujian kendiri Covid-19, oximeter dan termometer serta risalah penggunaan dan maklumat kesihatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI