fbpx
TUNKU ISMAIL menyifatkan kisah 'tangan ghaib' dalam menentukan barisan pemain skuad Harimau Malaya adalah cerita dongeng sahaja.

‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dirinya menjadi ‘tangan ghaib’ dalam menentukan barisan pemain skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 yang lepas.

Tunku Ismail berkata, situasi tersebut hanyalah persepsi yang diberikan ketika individu yang sepatutnya bertanggungjawab atas kegagalan skuad kebangsaan mengambil sikap ‘lepas tangan’.

“Ada pandangan yang mengatakan saya tidak melepaskan pemain dalam pasukan kebangsaan, namun ia tidak benar kerana kenapa Arif Aiman (Hanapi) yang juga pemain paling bernilai (MVP) JDT diberikan peluang untuk menyertai skuad negara.

“Mengenai senarai pemain yang dipanggil harus diberikan kepada saya terlebih dahulu, ia adalah standard prosedur operasi (SOP) buat FAM untuk mendapatkan pemain mana-mana kelab dan ia diberikan kepada semua pasukan di Malaysia.

“Justeru, bagi saya spekulasi mengenai tangan ghaib itu adalah cerita dongeng sahaja,” kata Tunku Mahkota Johor dipetik menerusi temubual bersama syarikat televisyen swasta di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) petang tadi.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail turut mahu kesalahan diberikan kepada FAM dan barisan kejurulatihan yang tidak telus dengan situasi semasa dalam pasukan kepada media dan penyokong.

“Semua terlibat dengan kegagalan yang lepas tidak kira FAM, barisan kejurulatihan kerana mereka tidak telus dalam menyampaikan perkara sebenar.

“Malah, perubahan perancangan pada saat akhir juga berlaku kerana saya difahamkan, sepatutnya skuad bawah 23 (B-23) yang dihantar pada saingan Piala AFF Suzuki yang lepas.

“Namun, sebaliknya berlaku dan mereka juga tidak maklumkan kecederaan yang dialami oleh pemain JDT seperti Syamer Kutty Abba, Natxo Insa, Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong dan Ramadhan Saifullah. 

“Selain itu, ketiadaan Mohamadou Sumareh juga adalah kerana perancangan yang telah dibuat olehnya sejak awal tahun lalu untuk pulang ke Gambia melawat keluarga di sana dan FAM juga sedia maklum situasi tersebut,” katanya.

Sebagai rekod, Tunku Ismail ketika ini sedang bersama skuad Harimau Selatan yang giat mengharungi sesi latihan pramusim di Dubai sejak awal minggu ini. – K! ONLINE

POPULAR