fbpx

Burger limpahan keju tarikan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENU makanan Barat sememangnya menjadi pilihan pelangan yang berkunjung ke Leezo Restaurant di Kulim.

AZAHAR HASHIM

HIDANGAN burger dengan daging patty yang lembut dan tebal bersama limpahan keju serta sos istimewa menjadi antara menu paling digemari pengunjung Leezo Restaurant Cawangan Kulim.

Restoran tersebut yang terletak di Persiaran 1, Kulim Avenue, Kedah baru sahaja beroperasi sejak Oktober tahun lalu.

Selain menawarkan hidangan burger yang lazat seperti spicy Korean daebak burger dan premium leezo burger, restoran berkenaan juga menyediakan pelbagai menu menarik lain sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

SPICY korean daebak beef 1 patty burger dengan daging lembut bersama limpahan keju antara menu paling digemari pelanggan.

Pengurus Leezo Restaurant Cawangan Utara, Mohd. Azizan Saat berkata, sambutan yang diterima daripada pelanggan adalah di luar jangkaan apabila kebanyakannya menggemari makanan Barat terutamanya burger.

“Kami sediakan pelbagai jenis hidangan iaitu dari Barat dan tempatan untuk disesuaikan kepada cita rasa pengunjung yang kebanyakannya datang bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di restoran tersebut baru-baru ini.

Jelasnya, restoran itu menyediakan lebih 20 menu burger, selain hidangan Barat lain seperti cheesy carbonara seafood, aglio olio lamb, chicken chop dan lamb shank.

“Bagi hidangan tempatan pula, antara menu yang ditawarkan ialah nasi goreng ayam, set nasi dan tomyam campur atau kambing dan nasi goreng kampung kambing,” ujarnya.

Menurutnya, harga bagi hidangan burger termasuk dalam bentuk set bersama kentang goreng adalah antara RM12.90 hingga RM29.90.

HIDANGAN fish n chips meatball yang lazat dan menyelerakan.

Sementara itu katanya, kawasan restoran tersebut juga mesra keluarga dan pihaknya turut menyediakan kemudahan alat permainan bagi kanak-kanak.

“Kita sediakan suasana yang santai supaya pengunjung dapat menikmati hidangan dengan tenang dan selesa,” ujarnya.

Terangnya, restoran berkenaan yang pertama dibuka di kawasan utara, yang mana Leezo Restaurant merupakan anak syarikat di bawah Leezo Group Sdn. Bhd. diasaskan Datuk Mohd Nadzuaan Nasir.

“Leezo Restaurant bermula pada tahun 2015 dengan restoran pertama dibuka di Batu Pahat, Johor dan sehingga kini kita mempunyai 21 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan yang terbaharu di Kulim.

KEENAKAN carbonara seafood mendapat perhatian penggemarnya.

“Selain Leezo Restaurant, kita turut mempunyai rangkaian restoran berjenama Leeqir, Nakhon Street dan Bangsawan yang mana setiap jenama mempunyai keistimewaan tersendiri,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI