fbpx

Tiga lelaki dicekup simpan 1,616 botol ubat batuk, air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,616 botol ubat batuk yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Labok Agor, Chawas, Tanah Merah kelmarin. FOTO IHSAN PGA

KOTA BHARU – Tiga lelaki termasuk dua warga Thailand dicekup selepas mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran 1,616 botol ubat batuk dan 1.5 liter air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Labok Agor, Chawas, Tanah Merah kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu, tiga lelaki terbabit yang berusia antara 44 hingga 57 tahun itu ditahan selepas dipercayai menyimpan kedua-dua bahan yang bernilai RM16,175 di rumah berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superitendan Mat Shukor Yusof berkata, semasa anggota PGA tiba di kawasan itu, pihaknya melihat tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota PGA terus melakukan serbuan di dalam rumah berkenaan sebelum menemui kotak-kotak yang mengandungi 1,616 botol ubat batuk yang dianggarkan bernilai RM16,160.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu turut menemui 1.5 liter air ketum yang dianggarkan bernilai RM15.

“Kesemua barang kes yang dirampas telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Batalion 8 PGA di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI