fbpx

Polis siasat Fahmi Reza sunting Jata negeri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Jalil (kiri) dan Fahmi Reza.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza hari ini bagi membantu siasatan berhubung hantarannya di laman Facebook yang menyunting imej seakan jata negeri Pahang dengan perkataan ‘House of Balak’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, hasil siasatan mendapati hantaran tersebut telah dimuat naik pada 3 Januari lepas.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang JSJ telah memanggil individu tersebut dan siasatan berhubung hantaran terbabit sedang dilakukan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” ujarnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tegas beliau, orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI