fbpx

Pakcik pijak kaki wanita di lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi ketika kaki seorang wanita dipijak oleh seorang pakcik ketika berhenti di lampu isyarat merah. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan kaki seorang wanita dipijak oleh seorang lelaki berstatus ‘pakcik’ ketika berhenti di lampu isyarat merah, lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok bernama @karelpi1.

Menerusi video yang dikongsikan, dua wanita yang menaiki motosikal dilihat berhenti di lampu isyarat merah. 

Pembonceng motosikal itu merakam situasi ketika kaki rakannya sedang dipijak oleh seorang pakcik ketika sedang berhenti.

Penunggang wanita itu dilihat memakai kasut berwarna putih, manakala lelaki itu memakai selipar.

Ketika lampu isyarat bertukar hijau, mereka kemudian berlalu pergi sambil ketawa disebabkan kejadian yang berlaku. 

Rakaman tersebut berjaya mencuri perhatian netizen di ruangan komen.

“Maaf tuan, ini kaki manusia bukan kaki ayam,’’ tulis seorang netizen.

“Saya penat ketawa,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI