fbpx

Lapan penjawat awam cipta rekod MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki (tengah) bergambar bersama atlet Cycling Maksak yang berjaya menamatkan rekod kayuhan tanpa henti selama 24 jam pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Kayuhan Basikal Berkumpulan paling lama di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Lapan penjawat awam berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menamatkan cabaran kayuhan berkumpulan tanpa henti selama 24 jam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Kayuhan anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) bermula 7.04 pagi semalam itu berjaya ditamatkan secara rasmi kira-kira pukul 8.04 pagi tadi.

Rekod baharu itu membabitkan kayuhan sejauh 726.13 kilometer (km) iaitu 131 pusingan di trek SIC berkenaan.

Sijil pengiktirafan diserahkan oleh wakil MBOR, Lee Pooi Leng sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali merangkap Yang DiPertua MAKSAK.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI