fbpx

Pemberontak Houthi bedil Arab Saudi, UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH peluru berpandu balistik yang dilancar oleh militia Houthi mengenai sebuah zon industri di Arab Saudi semalam .- (SPA)

SANAA, Yemen – Pemberontak Houthi di Yemen membedil peluru berpandu ke arah Emiriyah Arab Bersatu(UAE)  dan Arab Saudi, manakala tentera pakatan melancarkan serangan balas dengan memusnahkan lokasi pelancaran puak Houthi.

Saksi-saksi melihat cahaya terang di ibu kota UAE, Abu Dhabi awal hari ini ketika dua peluru berpandu balistik itu dipintas dan dimusnahkan.

Tiada siapa cedera dalam serangan itu yang berlaku seminggu selepas pemberontak Houthi membunuh tiga orang dalam serangan dron dan peluru berpandu ke atas bandar raya Abu Dhabi. Tentera pakatan diketuai Arab Saudi kemudian melancarkan serangan udara bertubi-tubi terhadap Yemen.

Dalam kejadian berasingan, dua peluru berpandu dilancarkan ke rantau selatan Arab Saudi yang bersempadan dengan Yemen. Dua orang cedera dalam serangan itu Jazan, manakala satu lagi misil dipintas di ruang udara Dahran al-Janub.

UAE menyatakan bahawa sebuah jet pejuang F16 memusnahkan pelancar peluru berpandu Houthi di Al-Jawfm, utara Yemen sebaik sahaja selepas pemberontak itu  melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah Abu Dhabi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI