fbpx

Angkasa terus bantu golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL FATTAH (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada wartawan Kosmo! yang turut terjejas akibat bencana banjir di Kampung Chegar Medang semalam.

BENTONG – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan terus menggerakkan misi bantuan kepada semua golongan masyarakat yang terjejas akibat banjir termasuk kepada bukan ahli-ahli koperasi.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sejak dua tahun lalu sebanyak 70,000 orang telah dibantu termasuklah yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga dalam misi bantuan pasca banjir tahun ini.

“Hari ini saya menyalurkan sumbangan kepada petugas media Kosmo! yang turut ditimpa musibah banjir dan ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada petugas media yang bertungkus lumus dalam menjalankan tanggungjawab menyampaikan maklumat kepada orang awam khususnya berkenaan peranan koperasi kepada pembangunan sosiekonomi negara.

“Misi bantuan yang dijalankan di bawah payung COOPCARE ini akan terus digerakkan bukan sahaja bagi membantu mangsa banjir malah kepada seluruh warga masyarakat yang terkesan dan memerlukan,”katanya selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas di kediaman wartawan Kosmo! Abdul Rashid Abdul Rahman di Kampung Chegar Medang di sini semalam.

Menurut Abdul Fattah pihaknya telah memperuntukan lebih RM5 juta setakat ini bagi menyalurkan bantuan seperti barangan keperluan dan sebagainya bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir kali ini.

Katanya, bantuan akan disalurkan berterusan kepada mangsa-mangsa banjir terkesan bagi membantu mereka membina semula kehidupan selepas bencana banjir.

Sementara itu beliau berkata, dalam misi bantuan di sekitar Kampung Chegar Medang hari ini sebanyak 100 pek barang keperluan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100).

“Walaupun bencana banjir telah berlaku hampir sebulan, namun untuk membina semula kehidupan setelah menghadapi bencana bukanlah perkara yang mudah. Kerugian yang dialami bukan sedikit dan oleh kerana itu, Angkasa hadir menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI