fbpx

5 kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang ditimpa pokok ketika hujan lebat di sekitar ibu negara sebentar tadi. - FOTO IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan yang melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara menyebabkan berlaku lima kejadian pokok tumbang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, kesemua kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kejadian pertama melibatkan kawasan berhampiran sebuah sekolah di Wangsa Maju, Seksyen 4 yang mana sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta.

“Kejadian seterusnya di Lebuh Raya Karak sebelum tol Gombak, sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan menghalang lalu lintas,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kejadian sama turut berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang menyebabkan lalu lintas terhalang.

“Medan selera di kawasan Setapak juga berlaku pokok tumbang yang menghempap dua buah kereta jenis BMW dan Proton Persona.

“Di Markas 48, Cawangan Siasatan Jenayah, Jalan Padang Tembak, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dan Toyota Estima turut dihempap pokok,” jelasnya.

Anggota bomba sedang membersihkan dahan yang terjatuh bagi memastikan aliran trafik kembali lancar. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI