fbpx

70 terbunuh dalam serangan udara ke atas penjara di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan penjara di bandar kubut kuat Houthi, Saada musnah kelmarin dalam serangan udara yang turut meragut lebih 70 nyawa. - AFP

SAADA, Yemen – Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah penjara ketika konflik berpanjangan di Yemen menjadi semakin sengit kelmarin dalam perkembangan yang dikecam oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Pemberontak Houthi menyiarkan rakaman video mengerikan menunjukkan mayat-mayat tertimbus di bawah runtuhan selepas serangan udara yang turut menyebabkan bangungan penjara di Saada, utara Yemen itu ranap.

Jauh di selatan di bandar pelabuhan Hodeida, sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut apabila serangan udara oleh pakatan tentera diketuai Arab Saudi mengenai fasiliti telekomunikasi ketika mereka bermain berhampirannya, kata pertubuhan kebajikan Save the Children. Bekalan elektrik di serata Yemen turut terputus.

“Kanak-kanak itu dilaporkan bermain di sebuah padang berdekatan apabila peluru-peluru berpandu mengenai fasiliti tersebut,” kata  Save the Children.

Lapan agensi bantuan yang beroperasi di Yemen menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka terkejut dengan berita kematian lebih 70 orang termasuk sejumlah imigran, wanita dan kanak-kanak itu yang berpunca daripada sikap tidak mempedulikan nyawa orang awam.

Mereka berkata, penjara di Saada digunakan untuk menempatkan golongan imigran yang merupakan sebahagian besar korban tragedi itu.

Serangan udara itu berlaku selepas militia Houthi membawa perang saudara selama tujuh tahun itu kepada fasa baharu dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Abu Dhabi pada Isnin lalu. Tiga orang maut dalam serangan itu.

Sementara itu, pakatan tentera diketuai Arab Saudi semalam menafikan melancarkan serangan udara ke atas penjara Saada.

“Laporan tentang serangan itu adalah tidak berasas dan tanpa bukti,” kata jurucakap tentera pakatan, Turki al-Maliki.

Menurut PBB, seramai 377,000 orang terbunuh menjelang akhir 2021 akibat perang saudara di Yemen. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI