fbpx

1.1 juta tan sisa plastik dikutip setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (dua kiri), Ismail ( dua kanan) dan Aranols (kiri) ketika merasmikan penubuhan MAREA, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kira-kira 1.1 juta tan sisa plastik termasuk sekali guna dikutip setiap tahun di seluruh negara.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan kolektif perlu dilakukan segera terutama dalam mengatasi masalah banjir kilat khususnya.

Sehubungan itu, katanya, kementerian meletakkan sasaran pada tahun 2030 sebagai tiada lagi isu sisa plastik.

“Isu banjir kilat contohnya sebanyak 40 peratus sisa plastik menutup aliran air di sistem peparitan.

“Lebih-lebih lagi apabila (sisa plastik) ke lautan dengan ikan mati kerana memakan plastik ini. Malah, apabila banjir kita juga dapati banyak sampah di sungai dan perlukan penambahbaikan pengurusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penubuhan Malaysian Recycling Alliance (MAREA) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib dan Pengerusi MAREA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols.

MAREA melibatkan kerjasama syarikat seperti Nestle, Coca-cola Malaysia, Colgate-Palmolive Malaysia, Dutch Lady Milk Industries, Etika Group, Fraser and Neave Malaysia, Mondelez International (Malaysia), Spritzer, Tetra Pak Malaysia dan Unilever Malaysia.

Beliau memberitahu, pihaknya sukar untuk menyekat penggunaan plastik walaupun beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang mempunyai peraturan tersebut selain KASA lebih menguruskan sisa klinikal plastik.

“Justeru, kerjasama dijalankan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam mencapai kadar kitar semula sebanyak 25 peratus untuk pembungkusan plastik pasca pengguna menjelang tahun 2025,” jelasnya.

Sementara, Aranols berkata, matlamat MAREA adalah menambah baik budaya kitar semula dan mengurangkan sisa plastik di negara ini.

“Sisa plastik merupakan cabaran alam sekitar yang penting dan menimbulkan ancaman di negara ini dan seluruh Asia Tenggara,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI