fbpx

Lelaki meninggal dunia dalam kereta terkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tempat duduk sebuah kereta berkunci di Pekan Gemencheh, di sini, petang tadi. - IHSAN BOMBA

TAMPIN – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tempat duduk sebuah kereta berkunci di Pekan Gemencheh, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 6.50 petang oleh pihak polis dan tiba di lokasi yang hanya dua kilometer pada pukul 6.53 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, mangsa disedari berada di dalam kenderaan sejak pukul 2 petang sehingga menimbulkan rasa bimbang orang awam yang segera melaporkan kepada pihak polis.

“Sebaik sahaja mendapat maklumat dari polis dan tiba di lokasi didapati seorang lelaki berusia 57 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan. Mangsa dalam keadaan tertangkup ke lantai kereta di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

“Pasukan bomba mengumpil pintu kereta jenis Proton Waja dan membawa keluar lelaki berkenaan. Pasukan paramedik yang tiba di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norfaizal berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya dan di hantar ke Hospital Tampin untuk tujuan bedah siasat. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI