fbpx

Agong perkenan penubuhan RCI siasat isu babitkan LTH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (LTH) mulai 2014 hingga 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, baginda juga memperkenan pelantikan enam orang Ahli RCI tersebut.

Menurutnya, enam individu tersebut ialah mantan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif; mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman dan Pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Tiga lagi, katanya, ialah mantan Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid; Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams), Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon.

“Ahli-ahli yang dilantik adalah terdiri daripada tokoh-tokoh yang berwibawa, mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing iaitu bidang kehakiman, perkhidmatan awam, pentadbiran, ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran modal, perbankan, kewangan Islam dan perakaunan.

“Mereka yang dilantik ini telah dipastikan bebas dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan Tabung Haji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, pelantikan enam individu tersebut dibuat bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama serta mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak berkaitan.

Katanya, penubuhan RCI itu dibuat aselaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

“Pelantikan ini berkuat kuasa dari 20 Januari 2022 hingga 19 Julai 2022. Suruhanjaya ini diberikan tempoh selama enam bulan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI