fbpx
Maktab Mahmud Pendang.

99 pelajar Maktab Mahmud Pendang positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG – Seramai 99 pelajar Maktab Mahmud Pendang disahkan positif Covid-19 membabitkan kluster baharu dikenali sebagai Kluster Dah Penyarom.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman, kebanyakan yang positif merupakan pelajar perempuan di sekolah tersebut.

“Kes dikesan apabila beberapa pelajar perempuan mengalami gejala batuk dan demam.

“Saya difahamkan mereka mula mengalami gejala itu ketika mengambil peperiksaan dan terus menjalani ujian saringan Covid-19 selepas peperiksaan berakhir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kluster itu dinamakan sebagai Dah Penyarom berikutan kedudukan sekolah yang terletak di Kampung Penyarom. – K! ONLINE.

POPULAR

BERITA BERKAITAN