fbpx

Operasi cari kanak-kanak Orang Asli diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat diberi taklimat sebelum memulakan operasi mencari kanak-kanak Orang Asli yang hilang di Gerik.

GERIK – Operasi mencari kanak-kanak perempuan Orang Asli yang hilang dalam hutan di Kampung Selaur berhampiran Kampung Padang Jeri di sini, diperluas sehingga 15 kilometer (km) hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi mencari Kamaliah Anab berusia 10 tahun itu dimulakan pada pukul 8.30 pagi di sektor lima.

“Operasi pencarian mangsa yang memasuki hari kelima disambung semula pagi tadi di sektor lima dan diperluaskan sehingga jarak 15km. Mangsa sehingga kini belum dijumpai.

“Operasi membabitkan 61 anggota termasuk bomba, polis, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Sapura Komunikasi,” katanya di sini hari ini.

Kamaliah kali terakhir dilihat memakai baju kuning dan seluar biru ketika dia mengikuti keluarganya mencari hasil rotan di kawasan Hutan Temengor dekat sini, Khamis lalu.

Kehilangan mangsa disedari sekitar pukul 4.30 petang sebaik sahaja keluarganya dan penduduk lain tiba di kampung selepas mencari hasil rotan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI