fbpx

Azhan Rani terbabit kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Beto, keadaan Azhan Rani yang mengalami kecelakaan jalan raya pada Isnin kini stabil.

PETALING JAYA – Pelakon popular, Azhan Rani dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya membabitkan motosikal dalam satu kejadian yang berlaku pada tengah hari semalam.

Perkara tersebut dikongsikan rakan karibnya iaitu pelakon Beto Kusyairy menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Amanah daripada sahabatku Azhan Rani. Dukacita ingin menyampaikan kepada semua bahawa Azhan telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

“Alhamdulillah keadannya stabil dan masih dalam jagaan pakar (doktor),” tulis Beto.

Menerusi hantaran sama, Beto turut berkongsi sekeping foto menunjukkan Azhan, 46, memakai baju pesakit hospital dalam keadaan tangannya mengalami kecederaan.

“Hantaran ini menjawab segala panggilan dan mesej kepada Azhan. Ya, Azhan terlibat dengan kemalangan dan menjadi penyebab dia tidak menjawab panggilan telefon serta membalas mesej.

“Dia mahu memastikan keadaannya stabil dan melakukan rawatan selanjutnya,” kata Beto.

Beto turut mewakili rakan baiknya itu memohon maaf kepada kenalan dan para wartawan yang cuba menghubungi Azhan kerana pelakon itu tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat sementara waktu.

“Kepada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, Azhan memohon maaf kerana tidak dapat menjawab segala panggilan.

“Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya. Sama-sama kita doakan agar dia segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala,” tulis Beto.

Perkongsian Beto turut menarik perhatian beberapa kenalan artis apabila turut sama-sama mendoakan Azhan supaya diberikan kesembuhan segera.

“Allahuakhbar. Semoga cepat sembuh abang Azhan,” kata pelakon Nabila Huda.

“Syafakallah abang Azhan,” ujar pelakon Ummi Nazeera.

“Moga dipermudahkan urusan. Cepat sembuh,” doa pelakon Fauziah Nawi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI