fbpx

Masih gagal kesan Kamaliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang hilang di Gerik.

GERIK – Pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang hilang di Kampung Selaur berhampiran Kampung Padang Jeri dekat sini yang masuk hari keempat.

Hingga kini pasukan penyelamat tidak menemui petunjuk positif meskipun kawasan pencarian telah diperluaskan sehingga 10 kilometer (km).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizan Aziz berkata, gerakan mencari mangsa, Kamaliah Anab berusia 10 tahun itu melibatkan seramai 37 anggota pelbagai agensi.

Menurut beliau, ia turut melibatkan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Multi Skill Team (MUST) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Antara kesukaran kerana keadaan kawasan yang mempunyai cerun tinggi selain tiada talian komunikasi di lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

“Anggota juga terpaksa bermalam di dalam hutan yang mengambil masa dua jam perjalanan,”
katanya di sini hari ini.

Operasi turut dibantu polis, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pasukan Gerakan Am (PGA), Sapura Komunikasi dan penduduk kampung juga turut serta dalam operasi berkenaan,” katanya.

Kamaliah kali terakhir dilihat memakai baju kuning dan seluar biru ketika dia mengikuti keluarganya mencari hasil rotan di kawasan Hutan Temengor dekat sini.

Kehilangan mangsa disedari sekitar pukul 4.30 petang sebaik sahaja keluarganya dan penduduk lain tiba di kampung selepas mencari hasil rotan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI