fbpx

6.5 hektar tapak pelupusan sampah terbakar, 400 orang dipindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba berusaha memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal hari ini.-Foto IHSAN BULETIN MUTIARA

SEBERANG PERAI – Seramai kira-kira 400 individu daripada 86 ahli keluarga berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal di sini dipindahkan ke kawasan selamat selepas kebakaran di kawasan itu sejak empat hari lalu belum berjaya dipadamkan.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah membabitkan penduduk dari Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, tindakan itu dibuat selepas lawatan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ke tapak berkenaan hari ini.

“Pemindahan sementara membabitkan kira-kira 400 orang daripada 86 keluarga ke kawasan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan berkata, stesen pengawasan kualiti mudah alih Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram mendapati terdapat kandungan gas yang boleh memberi risiko kesihatan.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di lokaliti Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dinasihatkan untuk berpindah ke dua PPS buat sementara waktu.

Kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.40 petang Rabu lalu membabitkan kawasan terbakar seluas 6.5 hektar.

Kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira pukul 9 malam Khamis lalu, manakala kerja-kerja pemadaman masih dilakukan ketika ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI