fbpx

Tidak wujud dua kelompok dalam UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap, hari ini.

KUALA NERANG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa tidak wujud sebarang kelompok dalam pucuk pimpinan UMNO meskipun jawatan Perdana Menteri tidak disandang oleh presiden parti.

Jelas beliau, urusan perjalanan parti ketika ini berlangsung dengan cukup baik.

“Usah wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam UMNO kerana perkara itu tidak wujud.

“Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik sahaja di peringkat pusat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO berikutan jawatan Perdana Menteri tidak disandang oleh presiden parti seperti tradisi dalam UMNO sebelum ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar juga berharap agar tidak ada pihak yang mengadu domba sehingga menimbulkan pergolakan dalam UMNO.

“Apabila Naib Presiden adalah Perdana Menteri, jadi presiden akan uruskan parti. Apa pun kita berada atas satu landasan untuk menuju kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Jadi saya tidak nampak satu masalah walaupun orang berlainan menjawat jawatan Perdana Menteri dan presiden parti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI