fbpx

Rakuten Trade lancarkan Kemudahan Jual Beli Saham AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rakuten Trade Trade Sdn. Bhd. (Rakuten Trade) memaklumkan bahawa Akaun Perdagangan Tunai Terdahulu akan dinaik taraf bagi menyediakan kemudahan bagi urus niaga asing, bermula dengan pasaran Amerika Syarikat (AS). 

Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Trade, Kazumasa Miseu berkata, keputusan ini diambil berasaskan permintaan yang diterima sejak Rakuten Trade mula melancarkan perniagaannya pada tahun 2017. 

“Perkhidmatan perdagangan saham AS kami menekankan nilai yang ditawarkan oleh Rakuten Trade dan menambah lebih banyak manfaat menerusi kecekapan digital yang disediakan. 

“Dengan menaik taraf perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan kami kini boleh menjual beli saham seperti Apple dan Tesla, Dana Dagangan Bursa (ETF) yang tersenarai di Bursa Saham New York dan Nasdaq, termasuk juga lebih daripada 1,000 saham di Bursa Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

Miseu menjelaskan, kedua-dua saham tempatan dan asing akan ditawarkan menerusi paparan utama tunggal, pada kos broker rendah yang sama bagi menawarkan pengalaman perdagangan digital sepenuhnya yang lebih menyenangkan kepada para pelanggan.

Rakuten Trade menjana keuntungan sejak April 2020 berkat sokongan pelanggannya, kebanyakan daripada mereka merupakan pelabur baharu.

Pada 31 Disember 2021, firma ini telah mengaktifkan lebih daripada 236,000 akaun perdagangan dan mengendalikan nilai dagangan lebih RM95 bilion di Bursa Malaysia sejak daripada hari perniagaan pertamanya.

 Sehingga 31 Disember 2021, Rakuten Trade telah menguasai tujuh peratus daripada bahagian pasaran runcit manakala aset pelanggan yang dipegang di bawah amanah melebihi RM3.7 bilion.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI