fbpx
PARA pemain Melaka United nyata kecewa apabila misi menamatkan penantian 100 tahun gagal terlaksana selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada KL City sebelum ini.

Pasukan MUFC akhirnya dapat gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Isu gaji pasukan Melaka United FC (MUFC) yang dilaporkan tertunggak selama tiga bulan akhirnya selesai selepas Kelab Bola Sepak Melaka United melunaskannya, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan pengurusan kelab tersebut dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang tadi.

Katanya, pembayaran itu dilakukan selepas penstrukturan kewangan dan pentadbiran dilaksanakan oleh pihak pengurusan Melaka United.

“Bola Sepak Melaka United hari ini telah melunaskan keseluruhan gaji para pemain dan pegawai pasukan Liga Super bagi musim 2021.

“Dengan ini, perancangan pasukan bagi musim 2022 berada di landasan yang tepat,” katanya.

Tambahnya, Melaka United juga kini sedang dalam fasa mempersiapkan pasukan bagi memberikan cabaran yang hebat dalam Liga Malaysia musim ini yang akan bermula dengan saingan Liga Super Malaysia pada 5 Mac 2022.

“Pihak pengurusan Melaka United ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pemilik Kelab Bola Sepak Melaka United, KenTeam Sdn. Bhd. yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wira Justin Lim kerana telah memikul segala tanggungjawab Kelab Bola Sepak Melaka United sejak 2021.

“Terima kasih di atas doa dan sokongan anda buat Melaka United selama ini dan semoga 2022 bakal menjadi tahun yang lebih berjaya dan gemilang buat Melaka United,” katanya. – K! ONLINE.

POPULAR

BERITA BERKAITAN