fbpx

Malaysia jana potensi dagangan RM35.2 bilion – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin berucap di hadapan ketua-ketua industri di Expo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

PETALING JAYA – Malaysia berjaya menjana potensi perdagangan dan pelaburan bernilai RM35.2 bilion di Expo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) setakat semalam.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia hasil daripada sebanyak 71 Memorandum Persefahaman, Memorandum Kerjasama dan Surat Niat.

“Penyertaan Malaysia di expo ini telah mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE susulan lawatan rasmi saya selaku Perdana Menteri pada Mac 2021.

“UAE merupakan rakan dagang dan destinasi eksport terbesar Malaysia dalam kalangan Majlis Kerjasama Teluk ataupun Gulf Cooperation Council (GCC),” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, beliau berkongsi usaha pemulihan pasca pandemik Covid-19 serta tindakan merangka Pelan Pemulihan Negara 2.0 kepada lebih 40 kapten industri dari 10 buah negara pada Majlis Makan Tengah Hari Perangkaian Pemulihan Negara di expo itu.

Menurut beliau, majlis itu disertai pengurusan kanan syarikat multinasional seperti seperti Ericsson dan Elekta dari Sweden, Lulu Group dari UAE dan Saudi Aramco dari Arab Saudi.

“Saya juga menyentuh persediaan Malaysia dalam usaha untuk menarik pelaburan antarabangsa,” katanya.

Jelas beliau, expo yang merupakan siri expo dunia diadakan setiap lima tahun dan berlangsung selama enam bulan itu menjadi platform untuk Malaysia mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI