fbpx

Baby Shark catat 10 bilion tontonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLIP video ‘Baby Shark’ menjadi video pertama di YouTube yang mencecah 10 bilion tontonan. – PinkFong/YouTube

SEOUL – Klip video lagu kegemaran kanak-kanak, Baby Shark menjadi video pertama di laman YouTube yang mencecah sebanyak 10 bilion tontonan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak YouTube kepada stesen penyiaran CNN.

Lagu kanak-kanak itu diterbitkan oleh sebuah syarikat pendidikan dari Korea Selatan bernama Pinkfong dan dinyanyikan oleh penyanyi berdarah Korea-Amerika Syarikat, Hope Segoine.

Sejak ditayangkan, lagu tersebut tular di Benua Asia pada 2016 sebelum mula mendapat tumpuan rakyat Amerika Syarikat (AS) pada 2019.

Bukan itu sahaja, Ia turut dijadikan sebuah rancangan oleh saluran televisyen ‘Nickelodeon’ dan menjadi lagu tema kelab besbol AS, Washington Nationals ketika memenangi perlawanan siri dunianya. 

Lagu itu turut memasuki senarai 40 lagu terbaik Billboard dan memberi inspirasi nyanyian pada rancangan drama komedi Ted Lasso oleh Jamie Tartt yang ditayangkan menerusi Apple TV+.

Pada 2019, Ketua Pegawai Eksekutif Pinkfong, Bin Jeong memberitahu CNN bahawa pihaknya tidak menyangka video tersebut mendapat sambutan sebaik itu. 

Syarikat itu telah menjemput kanak-kanak seluruh dunia untuk berkongsi tarian Baby Shark mereka bagi meraikan pencapaian istimewa tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI