fbpx
Wan Roslan (tengah) menyaksikan Perjanjian Kerjasama Strategik Antara Yakult dengan KUFC yang ditandatangani Zamri (kiri) dan Hamada (kanan) di Kota Bharu hari ini. FOTO : YATIMIN ABDULLAH

KUFC bebas tunggakan gaji pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Perbelanjaan berhemah merupakan kunci utama Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) menjadi antara pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bebas daripada masalah tunggakan gaji pemain sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

Penasihat KUFC, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya amat menitik beratkan aspek tersebut kerana ia melibatkan prestasi pemain sekali gus boleh memberikan kesan tidak baik kepada pasukan.

Menurutnya, selepas pasukan itu ditubuhkan, amaran telah diberikan kepada pihak pengurusan supaya merangka pelan kewangan dan perbelanjaan mengikut kemampuan bagi memastikan KUFC tidak terpalit dengan masalah tunggakan gaji atau hutang.

“Alhamdulillah, KUFC berjaya mengekalkan rekod bersih dan menutup setiap musim tanpa tunggakan hutang melibatkan pemain.

“Meskipun gaji yang ditawarkan agak rendah berbanding pasukan lain, namun ia tidak menghalang pemain untuk beraksi dengan KUFC,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Antara Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (Yakult) dengan Kelantan United di sini hari ini. – K! ONLINE.

POPULAR