fbpx
Wan Hassan (tengah) menunjukkan sebahagian ketulan mampat ganja yang dirampas selepas menahan lapan suspek di Kedah dan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Suami isteri antara ditahan terlibat sindiket edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Polis menahan lapan individu termasuk sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis ganja di negeri ini dan Pulau Pinang sejak setahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memberitahu, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 49 tahun itu ditahan dalam lima serbuan berasingan di sini dan Pulau Pinang pada 6 dan 7 Januari lalu.

Kata beliau, penahanan tersebut turut membawa kepada rampasan sebanyak 58.98 kilogram (kg) ganja bernilai kira-kira RM147,450.

“Tangkapan pertama melibatkan pemandu bas kilang berusia 47 tahun di kawasan letak kenderaan di Kelang Lama di sini pada 6 Januari lalu.

“Pemeriksaan menemui ganja seberat 0.35 gram di dalam beg silangnya serta puluhan ketulan mampat dadah sama di dalam bas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini.

Beliau berkata, penahanan suspek itu kemudian membawa kepada tangkapan tujuh suspek termasuk pasangan suami isteri berusia 46 dan 29 tahun bersama sejumlah lagi dadah jenis sama.

Katanya, kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran dan dibawa ke Kedah sebelum diagihkan dalam jumlah yang kecil.

“Jumlah dadah yang dirampas mampu membekalkan kepada kira-kira 200,000 penagih,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek yang didapati positif dadah direman sehingga esok dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN