fbpx

Babak ranjang, Jasmine Suraya malu tengok lakonan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmine mengakui malu membawakan babak ranjang dalam drama terbaharunya, Villa Kristal yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Pelakon Jasmine Suraya mengakui malu melihat lakonan sendiri dan bersedia untuk dikecam netizen terhadap babak ranjang lakonannya menerusi drama terbaharu, Villa Kristal.

Jasmine, 32, berkata, dia tidak kisah sekiranya dikecam ramai kerana sudah memberikan komitmen penuh bagi menjayakan watak Angel yang dibawanya.

“Jujur ini kali pertama saya bawakan babak ranjang sepanjang karier saya sebagai pelakon. Masa awal-awal dapat skrip, saya terfikir dua kali nak terima atau tak.

“Tapi memandangkan ini naskhah hebat arahan Kabir Bhatia dan mungkin tidak akan ada lagi peluang begini, jadi saya terima sahajalah. Jika dah setuju, bermaksud saya juga sedia untuk dikecam” katanya.

Jasmine ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama tersebut mengakui, dia turut berasa malu dan takut saat pertama kali menonton sendiri babak ranjang yang dilakonkan itu.

“Bila tengok balik rasa macam tak percaya pun ada. Tertanya sendiri betul ke itu Jasmine Suraya yang bawakan.

“Babak tersebut mungkin agak ‘cringe’ bagi sesetengah penonton wanita, tapi sebenarnya tiada pun sentuhan yang melampau antara saya dengan pelakon lelaki iaitu Alvin Wong.

“Pengarah gunakan camera trick (teknik kamera) yang sesuai dengan babak. Selepas disunting untuk ditayangkan, penonton akan nampak ia seperti babak intim kami berdua di atas ranjang,” katanya.

Selain Jasmine, drama yang mendapat sentuhan Jason Chong itu turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan ramai lagi.

Villa Kristal yang bakal ditayangkan menerusi platform digital WeTV mengisahkan mengenai sekumpulan wanita elit yang memiliki rahsia masing-masing dan menjalani kehidupan penuh misteri serta skandal dalam sebuah villa mewah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI