fbpx

Azam saman Lalitha RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman sebanyak RM10 juta kepada bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Perkara itu dimaklumkan peguam cara, Megat Abdul Munir menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Menurutnya, tuntutan saman fitnah itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini selepas Lalitha gagal memberi sebarang maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.

“Saman fitnah itu dikeluarkan berikutan penerbitan sebuah artikel sebuah portal agensi berita, masing-masing pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.

“Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, plaintif menegaskan bahawa tajuk artikel-artikel tersebut iaitu “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” adalah bersifat sensasi, skandal, menjengkelkan dan menjelekkan.

“Ini kerana artikel tersebut telah didrafkan, diterbitkan dan diterbitkan semula dengan niat-niat jahat bagi memberi kesan dan gambaran yang amat buruk kepada
pembaca,” katanya.

Dengan kata lain, katanya, kenyataan fitnah artikel-artikel tersebut diterbit dan diterbitkan semula tanpa membuat sebarang pengesahan fakta secara terus atau memberi peluang kepada plaintiff.

Megat berkata, anak guamnya hanya menggunakan hak seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan, untuk mencari penyelesaian bersesuaian di mahkamah di negara ini.

Katanya, beliau juga menuntut perintah mahkamah supaya Lalitha memadam kenyataan atau artikel berkenaan dalam masa tiga hari dari tarikh penghakiman dan permohonan maaf secara terbuka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI