fbpx

Rakyat Malaysia pertama dilantik Pengerusi Konvensyen dan Pameran WTCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam.

PETALING JAYA – Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menjadi individu pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Konvensyen dan Pameran (C&E), Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

WTCKL dalam satu kenyataan berkata, manakala Naib Pengerusi yang dilantik pula ialah, Okay Basbug dari World Trade Center Istanbul.

“Sebelum ini WTCA membahagikan C&E MAC kepada beberapa buah wilayah iaitu Asia Pasifik, Amerika dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).

“Terkini, kesemua ahli Lembaga Pengarah WTCA telah bersepakat untuk menggabungkan kesemua MAC WTCA menjadi sebuah kumpulan global di dunia,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penggabungan itu akan dapat meningkatkan penyertaan acara perniagaan, pameran dan konvensyen dari seluruh anggota WTCA.

“Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh dunia melalui kerjasama dan usaha mempelbagaikan perkhidmatan industri acara perniagaan yang telah terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) dan Acara Perniagaan (BE) telah terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia,” ujarnya.

Justeru itu katanya, diharapkan dengan penggabungan baharu ini semua ahli WTCA dapat bekerjasama untuk merancakkan dan mengembalikan semula kegemilangan industri dalam tempoh pasca pandemik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI