fbpx
Gambar hiasan

Pembiayaan PUNB lebih mudah melalui e-mohon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan e-mohon bersesuaian dengan perkembangan era digitalisasi masa kini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, sistem e-mohon itu akan memberi peluang kepada usahawan memohon pembiayaan perniagaan secara dalam talian dan memantau proses permohonan pembiayaan daripada penerimaan permohonan lengkap sehingga status akhir permohonan.

Menurut beliau, sistem tersebut dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.

“Peralihan kepada pendigitalan operasi adalah satu keperluan, selain menjadi antara kaedah progresif yang boleh digunakan dalam persekitaran hari ini. 

“Kami sentiasa berusaha bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan memudahkan usahawan.

“PUNB akan beralih kepada permohonan secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Februari 2022 dan penghantaran permohonan secara bersemuka di ibu pejabat dan pejabat wilayah di seluruh negara akan ditamatkan pada 31 Januari 2022,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, Ahmad Nazlan menerangkan, usahawan yang mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan perniagaan, masih boleh berkunjung ke ibu pejabat dan pejabat PUNB di seluruh negara mengikut waktu operasi yang ditetapkan.

 

POPULAR