fbpx

KPLB terima 300 permohonan baiki, bina rumah pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai sedang menunggu giliran menghantar borang permohonan untuk pembaikan dan membina rumah baharu pasca banjir di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang.

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah
Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang, Selangor.

Pusat sehenti yang dibuka tiga hari bermula hari ini bertujuan untuk menyediakan saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, pihaknya mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir
yang layak.

“Sebanyak RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia diperuntukkan dengan kadar bantuan RM15,000 untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56,000 untuk membina rumah baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk membina rumah baharu di Sabah dan Sarawak.

“KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan pada Sabtu lalu dengan membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan.

Ramlan menjelaskan, kerja-kerja pembaikan empat buah rumah telah dilaksanakan di  Mentakab dan Temerloh, Pahang.

Tambah beliau, sehingga kini,  pihaknya telah menerima permohonan untuk membaikpulih sebanyak 1,879 unit rumah di kawasan banjir seluruh negara manakala  pembinaan rumah baharu adalah sebanyak 165 unit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI