fbpx
SEORANG wanita menunggu untuk menerima dos vaksin Sinopharm Covid-19 di pusat vaksin hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 7 September 2021. – AFP

30 peratus penduduk lengkap vaksin meninggal akibat Covid-19 di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung memaklumkan bahawa sebanyak 30 peratus kematian akibat virus Covid-19 adalah dalam kalangan penduduk yang telah divaksin sepenuhnya, lapor laman berita Wion News semalam. 

Menurutnya, Singapura menjangkakan gelombang jangkitan varian Omicron ‘beberapa kali lebih besar’ berbanding varian Delta disebabkan potensi penularannya yang amat tinggi. 

“Jika Delta mencapai jangkitan kira-kira 3,000 sehari, Omicron mungkin boleh mencapai jangkitan 10,000 hingga 15,000 atau lebih banyak dalam sehari.

“Pilihan terakhir adalah dengan mengetatkan sekatan pergerakan sekiranya sistem penjagaan kesihatan kita di bawah tekanan yang teruk,” jelasnya ketika menjawab soalan sama ada sekatan lebih ketat akan dilaksanakan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjuangan menentang Covid-19 belum berakhir kerana varian Omicron telah membawa kepada ketidakpastian baharu.

“Kami mungkin akan mengambil beberapa langkah ke belakang sekali lagi, sebelum memutuskan langkah ke hadapan.

“Tetapi, saya yakin kita akhirnya akan menemui jalan untuk hidup bersama virus ini dan meneruskan aktiviti yang kita suka dengan selamat,” jelas beliau. – Agensi

POPULAR