fbpx
GAMBAR menunjukkan kejadian kebakaran hutan yang berlaku di Australia pada 8 Disember 2021. - AFP

2021 antara tahun paling panas di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS, Belgium  – Perkhidmatan pemantauan iklim Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan bahawa suhu global paling panas direkodkan sejak tujuh tahun lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Keadaan iklim melampau telah menjadi fenomena biasa disebabkan  pemanasan global dengan  lonjakan besar kepekatan gas metana dikesan dalam  atmosfera.

Perkhidmatan Perubahan Iklim  Copernicus (C3S)   dalam penilaian terbarunya menyatakan, 2021 adalah tahun kelima paling panas dalam rekod global dan lebih panas berbanding tahun 2015 dan 2018.

Situasi  itu membawa kepada kebakaran hutan paling buruk di Australia dan Siberia, gelombang haba ‘sekali dalam 1000 tahun’ di rantau Amerika Utara dan banjir besar yang melanda Asia, Afrika, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“2021 merupakan satu lagi tahun yang menyaksikan suhu ekstrem dengan musim panas paling panas melanda Eropah, gelombang haba di Mediterranean serta  suhu tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di rantau Amerika Utara,” kata Pengarah C3S, Carlo Buontempo. 

“Situasi ini menjadi peringatan  jelas tentang keperluan untuk mengubah cara kita,  mengambil langkah tegas dan berkesan ke arah masyarakat yang mapan dan berusaha mengurangkan pelepasan karbon,” jelasnya.

Menurutnya, gas metana telah meningkat ‘sangat ketara’ dan menyumbang kepada  pemanasan global sama seperti karbon dioksida.  – Agensi

POPULAR