fbpx

‘Player 001’ Squid Game catat sejarah, menang Golden Globe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OH YOUNG SOO

PELAKON veteran yang memainkan watak ‘player 001’ dalam siri nombor satu Netflix, Squid Game iaitu Oh Young Soo berjaya memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Golden Globe Awards 2022 yang berlangsung hari ini.

Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan Young Soo, 77, sebagai pelakon kelahiran Korea Selatan pertama yang merangkul kemenangan dalam kategori yang kebiasaannya dipelopori pelakon mat salih itu.

Young Soo mengenepikan saingan daripada pelakon hebat lain seperti Kieran Culkin yang dicalonkan menerusi siri Succession, Brett Goldstein (Ted Lasso), Mark Duplass (The Morning Show) dan Billy Crudup (The Morning Show).

Oh Young Soo mencatat sejarah sebagai pelakon Korea Selatan pertama merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi siri fenomena global, Squid Game pada Golden Globe Awards 2022 yang berlangsung hari ini. 

Golden Globe Awards 2022 yang dilangsungkan secara virtual dari The Beverly Hilton, Los Angeles, Amerika Syarikat menyaksikan filem arahan Steven Spielberg, West Side Story menang besar apabila membawa pulang trofi utama seperti Filem Terbaik (Muzikal/Komedi), Pelakon Wanita Terbaik (Rachel Zegler) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ariana DeBose).

Dalam pada itu, filem yang dibintangi Benedict Cumberbacth, The Power of the Dog turut mencuri tumpuan apabila dinamakan sebagai Filem Terbaik (Drama), Pengarah Terbaik (Jane Campion) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Kodi Smit-McPhee).

Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik (Drama), masing-masing dimenangi oleh Will Smith menerusi filem King Richard dan Nicole Kidman (Being the Ricardos). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI