fbpx

Klopp tawar Gavi gaji besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAVI

ONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan bersedia untuk mengemukakan tawaran lumayan gaji mingguan lebih 50 kali ganda kepada Gavi berbanding apa yang diterima­nya di Barcelona ketika ini.

Pemain berusia 17 tahun itu berjaya menarik minat Klopp selepas membuat 22 penampilan bersama Barcelona musim ini dan menjadi antara produk baharu La Masia yang hangat ketika ini.

Bagaimanapun, Gavi meng­akui dia tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan Camp Nou yang disertainya sejak berusia 12 tahun dari Real Betis dan sangat gembira dengan perkembangan kariernya.

Barcelona telah menandatangani kontrak Gavi sehingga 2023 dan difahamkan dia hanya menerima gaji mingguan sebanyak £1,600 (RM9,155) sahaja menyebabkan Klopp bersedia dengan tawaran gaji mingguan berjumlah £80,000 (RM457,000) jika dia bersetuju ke Anfield.

Barcelona dan ejen Gavi dikatakan tidak berbincang me­ngenai kontrak dan gaji lumayan setakat ini kerana memahami situ­asi kewangan kelab ber­kenaan dan pemain itu sendiri juga sanggup bersabar untuk menantikan peluangnya menjadi bintang di Camp Nou.

Bagaimanapun, sekiranya Gavi berubah fikiran dan me­nuntut kontrak baharu yang lebih lumayan, ia akan memberikan masalah buat Barcelona dan mungkin terpaksa menjualnya ketika klausa pelepasannya adalah bernilai €50 juta (RM239.09 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI