fbpx

Shahir Zawawi juara pertama Hijrahkan Laguku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIR diumumkan sebagai juara pertama bagi program Hijrahkan Laguku pada konsert final malam ini. Foto oleh AMIR KHALID

PETALING JAYA – Pentas akhir program realiti Hijrahkan Laguku menyaksikan penyanyi Shahir Zawawi menjuarai pertandingan tersebut sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Kemenangan Shahir yang juga merupakan bekas Juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu telah mengetepikan tiga finalis lain iaitu Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang berkongsi kedudukan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Ketika pertandingan, Shahir membawakan dua buah lagu iaitu Madahku yang diubah daripada lagu asal Madah Berhelah oleh penyanyi Ziana Zain untuk segmen solo, manakala lagu duet bersama Datuk Nash pula lagu berrjudul Perjalanan Jiwa yang diubah daripada lagu asal Kamelia dendangan kumpulan Sweet Charity.

Bekas penyanyi dangdut Iwan Syahman pada malam pertandingan akhir yang berlangsung di Studio TV AlHijrah itu turut diumumkan sebagai pemenang kategori Sawa’ Assabil dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Kemenangan itu diberikan kepada Iwan atas usahanya ‘menghijrahkan’ lebih daripada 30 buah lagu popular ke jalan Allah SWT.

Dihoskan oleh pengacara Faizal Ismail atau FBI dan Bell Ngasri, malam akhir Hijrahkan Laguku yang disiarkan secara langsung di TV AlHijrah telah diadili 80 peratus oleh juri tetap iaitu komposer Fauzi Marzuki dan ustaz Hazamin (Inteam). Manakala juri jemputan pula adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Manakala baki lagi 20 peratus markah ditentukan oleh undian daripada penonton.

Cabaran yang bermula pada 20 November lalu menyaksikan peserta yang sudah berhijrah menggubah senikata seleksi dendangan popular kepada lagu dakwah bagi mencapai matlamat berkongsi pengisian bermanfaat.

Terdahulu pertandingan yang berjalan selama lapan minggu itu turut disertai oleh empat penyanyi lain iaitu Pengeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI