fbpx
Gambar hiasan.

Dua negeri diberi amaran cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Johor dan Sarawak diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca yang tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di dua negeri terbabit sehingga pukul 9 pagi ini.

“Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir di Mersing.

“Antara kawasan yang terjejas di Sarawak pula ialah di Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau),” katanya di sini tadi.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

POPULAR