fbpx

Menara pemantau APM di Batu Ferringhi tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah menara pemantau APM di Batu Ferringhi dekat George Town tumbang awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sebuah menara pemantau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang di Pantai Batu Ferringhi di sini tumbang awal pagi tadi dipercayai akibat hakisan pantai.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pihak hotel di Batu Ferringhi bahawa menara itu telah tumbang akibat daripada fenemona air pasang tinggi yang menghakis sebahagian berkenaan.

“Tiada kecederaan yang tidak diingini berlaku kerana sekeliling kawasan menara pemantau tersebut telah ditutup oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan APM.

“Kejadian hakisan mula berlaku pada 23 Disember 2021 dan ia bertembung dengan fenomena air pasang besar pada awal bulan Januari ini serta telah mempercepatkan hakisan di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairil, tindakan merobohkan menara pemantau itu akan dijalankan secepat mungkin bagi keselamatan semua pihak. – K! ONLIE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI