fbpx

Zakir Naik pertahan kenyataan Ustaz Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakir Naik mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan Axhar Idrus baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik mempertahankan kenyataan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus bahawa umat Islam tidak boleh membersihkan rumah ibadat agama lain.

Zakir dalam satu rakaman video berkata, beliau bersetuju sepenuhnya dengan pandangan tersebut kerana perkara itu melibatkan syariah Islam.

“Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya (dalam ceramah) adakah umat Islam boleh bersihkan. Beliau berkata perkara itu tidak dibenarkan dalam Islam. Ramai orang mengkritik beliau.

“Saya pernah berjumpa dengan beliau sebelum ini. Bagi saya beliau adalah orang yang berilmu dan jawapan itu betul. Saya bersetuju sepenuhnya dengan beliau,” katanya menerusi rakaman video tersebut.

Zakir berkata, larangan tersebut bagaimanapun tidak menjadikan umat Islam sebagai musuh penganut agama lain kerana perkara itu adalah kepercayaan bagi umat Islam.

Kata beliau, meskipun begitu umat Islam harus membantu dengan memberi sumbangan lain termasuk wang untuk mendapatkan rawatan, membeli perabot dan sebagainya.

Isu berkenaan timbul selepas Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan salah seorang peserta ceramahnya baru-baru ini bahawa umat Islam tidak boleh membersihkan rumah ibadat berhala.

Sebelum ini tular rakaman video beberapa penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) membersih kuil Hindu di Taman Kelang Utama, Klang, Selangor. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI