fbpx

Phuket kekal dibuka buat pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCONG asing dilihat berjalan di pantai di Pulau Phuket pada 1 November tahun lalu. - AFP

PHUKET – Bandar pelancongan Thailand, Phuket akan kekal dibuka kepada pelancong tempatan dan asing meskipun negara itu berdepan kemungkinan gelombang kelima Covid-19, lapor akhbar Bangkok Post, hari ini.

Gabenor Wilayah Pulau Phuket, Narong Wunsiew mengumumkan pendirian tersebut dalam satu kenyataan sambil mengatakan langkah itu adalah bagi memastikan sektor ekonomi tidak terjejas.

Pengumuman dilakukan bagi meredakan kebimbangan pengusaha mengenai penutupan perniagaan yang baru menjana semula pendapatan daripada aktiviti pelancongan.

Menurut Wunsiew, wilayah itu akan terus menerima pelancong di bawah promosi pelancongan Kotak Pasir Phuket yang dilaksanakan hujung tahun lalu.

“Pihak pentadbiran bandar menerima rayuan daripada pengusaha tempatan yang memohon agar tiada sekatan aktiviti ekonomi dilakukan. 

“Penutupan bandar berpotensi menjejaskan sektor ekonomi tempatan maka ia akan kekal dibuka untuk pelancongan namun dalam masa sama, pembendungan jangkitan Covid-19 berjalan seiring,” ujarnya.

Sejak Sabtu hingga Isnin lalu, seramai 10,132 pelancong asing tiba di Phuket, satu angka yang melonjak kira-kira 500 sehari berbanding peringkat awal program tersebut.

Timbalan gabenor wilayah, Phichet Panaphong berkata, terdapat 30 hingga 50 pelancong asing diuji positif Covid-19 setiap hari.

Wilayah itu memiliki kira-kira 66 hotel yang sedia berkhidmat sama ada sebagai pusat kuarantin buat pesakit Covid-19 dengan gejala ringan dan sederhana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI