fbpx

Lancar Tabung Dana Wakaf Al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahzihan (dua kiri) menerima sumbangan LZS yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop, hari ini

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan Tabung Dana Wakaf Al-Quran bagi membeli sekurang-kurangnya 50,000 naskhah al-Quran dengan nilai keseluruhan RM1.5 juta.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, tabung itu diwujudkan sehingga 5 Mac depan hasil pembentangan data tindakan bagi pelupusan al-Quran dan sekolah serta pelajar JAIS terjejas akibat banjir pada Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Banjir JAIS semalam.

Katanya, lebih 155 tan naskhah al-Quran rosak dan kini dalam proses pelupusan.

“Sumbangan RM383,000 diterima daripada pelbagai pihak sejak tabung ini diperkenalkan. Kita menyasarkan sumbangan sehingga RM1.5 juta bagi membeli sekurang-kurangnya 50,000 naskhah al-Quran dengan harga kos RM30 sebuah untuk dihantar ke masjid, surau, sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan JAIS dan maahad tahfiz swasta,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan dana itu di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melakukannya melalui akaun Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Maybank Islamic : 562106718620).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI