fbpx

Isteri berjaya pujuk suami cuba terjun bangunan kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melaksanakan operasi menyelamat seorang lelaki yang cuba terjun daripada beranda dapur kediamannya dalam kejadian di Bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila malam tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

SANDAKAN – Seorang wanita berjaya memujuk sekali gus menggagalkan cubaan terjun suaminya dari beranda dapur dalam kejadian di rumah pasangan berkenaan di Bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, lelaki berusia 30-an berkenaan berada di tingkat tiga bangunan kediaman terbabit berjaya ditenangkan dan ditarik masuk semula ke dalam rumah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.37 malam.

“Sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki terbabit didapati masih berada di beranda dapur dan cuba dipujuk oleh isteri mangsa.

“Bagaimanapun, anggota bomba dalam masa sama berjaya masuk ke dalam rumah sebelum bertindak menenangkan dan menarik mangsa,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Jurucakap JBPM Sabah memaklumkan mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. .

“Mangsa diberikan rawatan awal ekoran mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki akibat terpijak serpihan kaca dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.46 malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI