PETALING JAYA – Persatuan Ejen–Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mendedahkan puluhan ribu jemaah umrah Malaysia dan agensi pelancongan mengalami kerugian besar susulan keputusan kerajaan menangguhkan penerbangan ke Tanah Suci mulai 8 Januari ini. Naib Presiden Umrah dan Haji MATTA, Mohd. Azri Abd. Razak berkata, pihaknya terlalu terkejut dengan keputusan tersebut. Katanya, pada Januari sahaja, pihaknya telah menerima kira-kira 10,000 jemaah umrah Malaysia yang sudah bersedia untuk menjejakkan kaki ke dua Tanah Haram. “Itu belum termasuk jumlah jemaah umrah yang……