fbpx
Gambar hiasan

Kadar indeks jenayah Kedah turun 7.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Kadar indeks jenayah di Kedah pada tahun lalu menurun sebanyak 7.5 peratus atau sebanyak 311 kes berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 3,822 kes direkodkan pada tahun lalu berbanding 4,133 kes pada 2020.

Kata beliau, kadar jenayah komersial terutama melibatkan kes penipuan bagaimanapun meningkat apabila sebanyak 1,881 kes dicatatkan pada tahun lalu berbanding 1,125 kes pada tahun sebelumnya.

“Daripada 1,881 kes itu, kira-kira 90 peratus kes terdiri daripada jenayah penipuan seperti Macau Scam (397 kes), Love Scam (98 kes), pinjaman wang tidak wujud (297 kes), pelaburan tidak wujud (214 kes) dan tipu belian online (593 kes).

“Peningkatan kes penipuan adalah susulan perubahan trend jenayah daripada jenayah bersemuka kepada secara maya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, jumlah kerugian bagi jenayah kes komersial juga meningkat sebanyak RM11.01 juta iaitu daripada
RM17.8 juta pada tahun 2020 kepada RM28.9 juta tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN