fbpx

Harga produk Ikea meningkat 9 peratus tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIKAT Ikea tidak mampu lagi menanggung beban peningkatan harga komoditi dan kos penghantaran. - AFP

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua cawangannya di seluruh dunia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Peningkatan harga itu dilakukan bagi mengimbangi kos pengangkutan dan bahan mentah yang tinggi, yang perlu ditanggung oleh Ingka Group, kumpulan yang memiliki dan mengendalikan kebanyakan gedung Ikea di seluruh dunia.

Menggunakan prinsip ‘Do-it-yourself’ tanpa kakitangan di bilik pamerannya, Ikea sinonim dengan harga dan nilai yang rendah.

Walaupun kos melonjak semasa pandemik Covid-19, sebahagian besar gedungnya mengekalkan harga yang stabil. Bagaimanapun, memandangkan harga komoditi dan penghantaran yang terus melonjak, syarikat itu tidak mampu lagi menanggung kos tersebut.

“Buat pertama kalinya sejak harga tinggi menjejaskan ekonomi global, kami terpaksa mengenakan peningkatan kos kepada para pelanggan,’’ jelas Pengurus Operasi Runcit Ikea Retail, Tolga Oncu dalam satu kenyataan.

Tambah Oncu, syarikat itu turut cuba mengurangkan kesan berterusan daripada isu rantaian bekalan seperti kelewatan penghantaran dengan menggunakan kapal dan pemuat berlebihan. 

“Hasrat kami adalah untuk memberikan penurunan harga pembelian sebaik mungkin kepada pelanggan,’’ ujarnya.

Permintaan terhadap produk berkaitan rumah seperti perabot, produk penyimpanan barangan dan barangan berkaitan rumah dan pejabat di Ikea meningkat ketika pandemik sehingga tidak dapat dipenuhi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI