fbpx

PM sertai ribuan jemaah doa kesejahteraan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (dua dari kiri) turut bersama menunaikan solat hajat dan berzikir di Masjid Putra, Putrajaya malam ini. – Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini turut serta bersama ribuan jemaah Masjid Putra di sini mendoakan kesejahteraan Malaysia bersempena Tahun Baharu 2022.

Beliau yang hadir pada pukul 6.45 petang tadi turut menyempurnakan Majlis Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 setelah selesai solat fardu maghrib secara berjemaah.

Acara solat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali manakala alunan bacaan zikir munajat pula diterajui ketua kumpulan nasyid terkenal Hijjaz, Munif Ahmad.

Program selama sejam itu berakhir dengan lantunan doa munajat yang penuh syahdu diketuai oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan.

Majlis penutup tahun 2021 itu dianjurkan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yadim bagi menggantikan sambutan Ambang Tahun Baharu 2022 lewat malam ini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad dan anggota jemaah menteri beragama Islam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI