fbpx

Henti trend bungkus nasi guna paku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi paku yang menjadi trend

PETALING JAYA – Public Health Malaysia menyarankan penjual untuk hentikan trend membungkus nasi menggunakan paku kerana paku ini dianggap sebagai “food hazard” (makanan bahaya) kerana ia tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebook, sekiranya seorang kanak-kanak dikhuatiri tertelan paku perlu membuat imbasan xray dan jika mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut, kanak-kanak itu pelu membuat pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku tersebut.

“Jika ada peniaga yang masih membungkus makanan menggunakan paku, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran,” jelas di kenyataan laman Faebook Public Health Malaysia.

Seterusnya, bagi mencegah kejadian berisiko ini, pembeli perlu elakkan membeli makanan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan paku dan pengendali makanan juga disarankan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan.

Orang ramai juga sepatutnya tidak meletakkan paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, apa-apa yang membahayakan memang tidak akan dibenarkan, jadi kita tidak mahu ada kaedah lain yang boleh membahayakan ini menjadi trend di dalam negara kita.

“Peniaga yang kejar trend ini tidak digalakkan, saya berharap pihak berkuasa seperti Public health Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus pastikan penjualan seperti ini tidak berlaku,” kata Nadzim.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terkejut dan pelik dengan trend terbaru ini kerana ia boleh membahayakan kesihatan seseorang.

“Ada orang beli ke? Pembeli dan penjual macam tak boleh berfikir dengan waras. Cantum bungkusan makanan dengan paku?,” jelas @eikamanan.

“Kalau ada terjumpa pengendali makanan yang amalkan cara pembungkusan pelik dan merbahaya, terus laporkan kepada jabatan kesihatan atau badan yang bertanggungjawab. Kita jaga kita,” ujar @MuhammadZulhilmiHashim.

“Getah sayur naik harga ke? ke paku tu hadiah percuma? macam macam betul. Dah nak masuk 2022 dah tetapi orang susah nak fikir secara waras,” kata @AishahRostam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI