fbpx

Putera Hang Tuah kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Hang Tuah diberikan rawatan awal selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 25 Jalan Besar Kuala Selangor, pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Seorang pemuda parah akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan di Batu 25 Jalan Besar, Assam Jawa di sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dikenali Putera Hang Tuah, 23, patah paha kanan dan luka di kepala.

Katanya, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3.24 pagi.

“Bomba yang tiba sembilan minit kemudian mendapati mangsa tersepit dalam sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dengan didapati pemuda itu patah paha kanan dan luka di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, rawatan awal telah diberikan dengan mangsa dilaporkan stabil sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan seterusnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI